SISTEM PELINCIRAN

Masa : 160 minit (4 masa)
Objektif Pembelajaran :
- Mengenal pasti fungsi minyak pelincir enjin
- Mengetahui jenis minyak pelincir
- Menservis minyak pelincir pada motosikal
Aktiviti :
Fungsi Minyak Pelincir Enjin
Fungsi
minyak pelincir enjin adalah untuk melincirkan komponen enjin yang
bergerak seperti aci sesondol, aci engkol, omboh, rod penyambung,
pepasangan injap dan gear supaya pergerakan komponen ini berjalan lancar
di samping mengurangkan kehausan komponen. Terdapat lima sifat utama
yang perlu ada pada minyak pelincir enjin iaitu :
- Mempunyai darjah kelikatan yang sesuai.
- Sebagai agen pembersihan dan pemindahan haba.
- Tahan terhadap pengoksidaan dan pembentukan karbon.
- Sebagai pelindung daripada pengaratan.
- Meminumumkan kehausan dan mengurangkan geseran di antara dua permukaan logam.
Jenis Minyak Pelincir Enjin
Terdapat 3 jenis minyak pelincir enjin yang biasa digunakan:
Terdapat 3 jenis minyak pelincir enjin yang biasa digunakan:
Jenis
|
Spesifikasi
|
Mineral (Regular)
|
Berasaskan petroleum. Mengandungi mineral seperti Ca, Mg dan Zn yang lebih mesra terhadap komponen enjin. Kos yang lebih murah.
|
Semi-sintetik (Premium)
|
Gabungan antara campuran 75% mineral dan 25% sintetik. Sesuai untuk semua jenis kenderaan lama dan baru.
|
Fully-Sintetik
|
Minyak
daripada proses sistesis bahan kimia. Tahan teroksida. Tidak mempunyai
karbon reaktif. Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi
membersihkan sisa karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih.
|
Apa Itu API dan SAE
API adalah American Petroleum Institute yang
menetapkan piawaian minyak pelincir. API SL/CG ialah piawaian mutu
pelincir bagi kenderaan berenjin petrol (SL) dan diesel (CG).
SAE ialah Society of Automotive Engineer yang menetapkan darjah kecairan minyak. SAE telah menetapkan darjah kelikatan (viscosity grade) sesuatu minyak pelincir kepada 11 kelas minyak :
Sebahagian minyak pelincir menpunyai bahan untuk rawatan logam (metal treatment) dan bahan-bahan penambah (additive).
Kelebihan Bahan Rawatan Logam
|
Membentuk lapisan perlindungan pada permukaan logam.
|
Menjadikan permukaan logam di dalam enjin kukuh dan licin.
|
Dapat menampung tekanan dan geseran sekurang-kurangnya 5 kali ganda.
|
Melindungi enjin walaupun sebelum dihidupkan.
|
Melindungi komponen logam daripada kerosakan yang disebabkan oleh
kelembapan dan asid hidroklorik.
|
Fungsi rawatan logam
Bahan – Bahan Penambah (Additive)
|
Fungsi
|
Agen Antihaus
|
Untuk mencegah kehausan pada permukaan enjin yang bergesel.
|
Bahan Perencat Karat
|
Untuk menjaga permukaan enjin terhadap kesan asid.
|
Bahan Penggalak Alkalin
|
Untuk meneutralkan keadaan berasid dan meningkatkan kewujudan alkali dalam minyak enjin.
|
Bahan Pembersih
|
Untuk menghalang pembentukan gumpalan dalam bahagian enjin dan membawa gumpalan itu ke dalam penapis minyak.
|
Bahan Pengurai
|
Untuk menghalang kehausan permukaan dan mencegah pembentukan gumpalan.
|
Minyak yang tidak sesuai mungkin menyebabkan masalah – masalah berikut :
Masalah penggunaan minyak kurang berkualiti
|
Menghasilkan asap yang banyak akibat pembakaran yang tidak lengkap.
|
Penggunaan minyak petrol meningkat.
|
Penggunaan minyak yang kurang berkualiti secara berterusan mengakibatkan jangka hayat enjin menjadi singkat.
|
Molekul hidrokarbon (hasil dari pembakaran petrol) masuk ke enjin dan menghasilkan karat pada bahagian enjin.
|
Asid (hasil dari pembakaran petrol) mempercepatkan proses kehausan permukaan logam.
|
Langkah kerja menservis sistem pelinciran
1. Menyediakan alat tangan yang sesuai
2. Menanggal palam buangan minyak
3. Merombak komponen utama sistem peliciran
4. Menanggalkan pam pelincir
5. Merombak perumah pam pelincir
6. Menanggalkan penapis minyak pelincir
7. Membersihkan komponen yang berkaitan
8. Memasang semula perumah pam pelincir
9. Menguji perumah pam pelincir
10. Memasang semula semua komponen
11. Mengisi minyak pelincir yang baharu
12. Mengemas semua peralatan dan tempat kerja
2. Menanggal palam buangan minyak
3. Merombak komponen utama sistem peliciran
4. Menanggalkan pam pelincir
5. Merombak perumah pam pelincir
6. Menanggalkan penapis minyak pelincir
7. Membersihkan komponen yang berkaitan
8. Memasang semula perumah pam pelincir
9. Menguji perumah pam pelincir
10. Memasang semula semua komponen
11. Mengisi minyak pelincir yang baharu
12. Mengemas semua peralatan dan tempat kerja
No comments:
Post a Comment